Posts

Showing posts from March, 2018

Mendaki - Apa manfaatnya?

Image
Gunung Rinjani, Lombok Indonesia antara yang menjadi tumpuan penggemar aktiviti mendaki. Apa itu mendaki atau hiking ? Mendaki   adalah merupakan sejenis aktiviti lasak yang memerlukan peneraju aktiviti ini untuk berjalan, di atas binaan alam semulajadi, atau lebih tepat lagi mengikut aliran trail atau jalur pendakian. Aktiviti ini sangat sinonim dilakukan dikawasan berbukit-bukau, bergunung-ganang, berlembah atau bergenting tinggi yang berbatu, berpasir, atau bertanah alun. Aktiviti mendaki dilakukan secara  aktiviti luaran , namun ada juga dilakukan secara dalaman misalnya mendaki di dalam gua besar yang beruangan besar, curam, berbatu-batuan dan berstruktur tinggi. Mendaki cukup popular dan aktiviti ini juga kebiasaan memerlukan pendaki bermalam atau berkhemah. Ada juga pendakian yang tidak memerlukan pendaki bermalam. Bergantung pada kategori gunung, bentuk muka bumi dan keadaan cuaca. Nilai kebaikan kesihatan dari aktiviti mendaki adalah berbagai bergantung