Posts

Gunung Rinjani, Lombok Indonesia

Image
Salam rekreasi.. Entri kali ini kaki sondol ingin berkongsi pengalaman ekspedisi pendakian Gunung Rinjani yang terletak di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Gunung Rinjani merupakan dari kategori gunung berapi yang masih aktif dan gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia.  Mempunyai ketinggian 3,726  meter  di atas  permukaan laut  dan mempunyai keunikan dan keindahan dari satu sisi yang lain berbanding gunung - gunung di Malaysia membuatkan antara destinasi pendakian yang popular bukan sahaja di kalangan pendaki Malaysia malah seluruh dunia. Gunung ini boleh didaki dengan melalui laluan trek Sembalun dan laluan trek Senaru yang mana kedua - duanya mempunyai lanskap hutan dan pendakian yang berbeza. Kawah gunung berapinya yang terbentuk secara semulajadi dan menjadi satu lanskap tasik yang indah yang juga dikenali sebagai Danau Segara Anak. Di tasik itu juga terbentuk satu gunung yang dikenali dengan nama Gunung Baru atau Gunung Barujari selepas kejadia

Koh Adang, Thailand

Image
Salam keindahan. Entri kali ini kaki sondol membawa ke negara jiran kita iaitu Thailand. Lokasi kali ini agak unik kerana ia merupakan pendakian yang tidak diduga dan dirancang sama sekali. Pemandangan yang begitu indah yang sentiasa terakam di memori kaki sondol. Koh Adang merupakan salah pulau di kawasan kepulauan Koh Lipe yang merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di perairan Selatan Thailand. Lokasinya yang tidak jauh dari Pulau Langkawi dan boleh dikunjungi samada melalui perkhidmatan bot dari Jeti Kuah, Langkawi ataupun dari Jeti Pak Bara di Thailand.  Kaki sondol pergi bercuti di Koh Lipe, dengan melalui jalan darat dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dengan perkhidmatan ETS. Seterusnya ke Pak Bara dengan menaiki van sewa. Tiba di Jeti Pak Bara terus ke Koh Lipe dengan menaiki bot. Sepanjang perjalanan ke Koh Lipe itulah kaki sondol terpukau dengan keindahan satu puncak di Pulau Koh Adang. Dari situ kaki sondol terus bertanya pada oran

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Image
Salam kecergasan dari kaki sondol. Entri kali ini kaki sondol kongsikan sedikit panduan tentang pemakanan yang sesuai untuk mendaki. Namun ianya hanyalah cadangan juga bergantung kesesuaian dan selera pendaki itu sendiri. Kaki sondol sendiri selalu "improvise" menu pendakian mengikut kesesuaian tahap ekspedisi dan cuaca serta keadaan getir. Aktiviti mendaki gunung adalah salah satu sukan yang mencabar dan memerlukan stamina yang tinggi. Oleh itu, pemilihan makanan yang betul juga amat penting bagi memastikan anda kekal bertenaga untuk sampai ke puncak. Di bawah ini ada 6 jenis makanan yang boleh disimpan ke dalam beg anda. 1. Kekacang Kekacang adalah makanan terbaik untuk dibawa semasa mendaki gunung. Selain ringan dan mudah dibawa, ia juga sesuai dinikmati sepanjang pendakian. Kandungan protein yang terkandung didalamnya bagus untuk melindungi otot agar kekal kuat untuk mendaki hingga ke puncak. 2. Mi Segera Mi segera adalah salah satu makanan ya