Pemilihan beg yang sesuai
KAKI SONDOL KEMBALI.
KALI INI DIKONGSIKAN SEDIKIT TIPS DAN PANDUAN MEMILIH BEG ATAU HAVERSACK YANG SESUAI.
Secara umum kegunaan beg atau haversack adalah amat penting dalam kegiatan rekreasi luar. Beg ini merupakan komponen wajib dan penting dalam mana - mana aktiviti luar khususnya pendakian. Beg pula terdiri dari beberapa jenis untuk kurang dari 2 hari aktiviti dipanggil Daypack, ada juga Travel bag, Hiking Bag untuk Mendaki dan Trekking. Kebanyakkan beg yang ada dipasaran adalah buatan Eropah dimana ianya lebih kepada lokasi pendakian beriklim sejuk dan berais walaubagaimanapun terdapat beg hiking yang bersesuaian untuk kegunaan kita -
Cara Pemilihan
2) Beg pula wajib mempunyai kerangka besi didalam yang bertujuan menyokong bentuk dan kekuatan beg disamping memberi keseimbangan kepada badan dan tulang belakang pengguna. Kerangka pula kebiasaannya dibina sebanyak 2 bahagian kiri dan kanan secara menegak. Ada juga dari jenis yang dibina kerangka pada bahagian luar dari jenis Karrimor.
3) Pastikan material beg terdiri dari kain yang kasar dan tebal, ada jenis yang dipanggil Polytex, Duratex, Cordura woven nylon, High nylon. Bahan kain beg ini bertujuan untuk melindungi beg dari pelbagai keadaan seperti tirisan, api , air. malah ada juga beg yang Waterproof serta boleh terapung di air.
4) Untuk wanita pula pastikan beg yang anda pilih adalah dari jenis untuk wanita, selalunya beg jenis ini dibina lebih kecil dan panjang bagi memberi lebih keseimbangan kepada pemakai. Jika membeli beg untuk wanita salah satu jenisnya yang mempunyai jaring penuh di bahagian belakang atau jika dari jenis Deuter beg tersebut ditandakan SL pada bahagian hadapan
5) Bahagian yang ada di beg anda tadi terdiri dari bahagian atas Cap, bahagian dalam, ada zip pada bahagian bawah menyambung pada ruang utama, poket kiri dan kanan..ada belt di ikat di pinggang.
6) Lebih baik jika anda dapatkan beg yang boleh adjustable pada bahagian belakang dimana ianya boleh ditinggikan dan direndahkan
7) Komponen tambahan - Ruang Air / H2O, Pelindung Hujan/Rain Cover.

SEMOGA ENTRI KALI SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBANTU ANDA. LONTARKAN KOMEN DAN TIPS YANG LEBIH PADU UNTUK DIKONGSIKAN BERSAMA. TERUSKAN MENDAKI!!
#kakisondol
#kakisondol
Comments
Post a Comment