Gunung Korbu & Gunung Gayong - KORGA




Salam pendakian dari kaki sondol.

Kembali lagi kaki sondol kali ini berkongsikan satu lagi ekspedisi pendakian gunung G7 iaitu Gunung Korbu dan Gunung Gayong.



Gunung Korbu menjadi mercu tanda warga Ipoh khususnya Ulu Kinta. Tingginya mencapai sehingga 7,162 kaki dari paras laut bersamaan 2,183 meter, Gunung Korbu adalah gunung ke-2 tertinggi di Semenanjung Malaysia, dan Pertama tertinggi di Banjaran Titiwangsa, manakala ke-7 tertinggi di dalam Malaysia.



Gunung Gayong pula mempunyai ketinggian 7,129 kaki dari paras laut, bersamaan 2,173 meter, merupakan gunung ke-4 tertinggi di Semenanjung Malaysia. Lazimnya pendaki akan melalui kedua-dua puncak ini didalam 1 ekspedisi. Ini kerana puncaknya bersebelahan dan mengambil masa cuma 2 ke 3 jam sahaja merentasi permatang dari Korbu ke Gayong.




Gunung Korbu dan Gunung Gayong (KORGA) ini boleh didaki dengan melalui 3 laluan :

1) Sungai Termin atau Empangan Sultan Azlan Shah (SAS) - 4 hari 3 malam

2) Sungai Senooi, Kampung Makmur, Perkampungan Orang Asli (Trek Lagenda Korga) - 5 hari 4 malam

3) Bluevalley Dam (Empangan Tangga), Cameron Highlands (Trans Titi V1) - 6 hari 5 malam

Untuk ekspedisi kali ini, kaki sondol menggunakan laluan Sungai Termin (Empangan SAS) untuk mendaki puncak korga selama 3 hari 2 malam, ini bermakna kaki sondol akan melakukan pendakian ke puncak korga dalam tempoh 20jam pendakian tanpa henti. 

Namun sebelum mendaki terdapat beberapa perkara dan proses yang perlu dilakukan seperti menghantar surat permohonan kebenaran untuk memasuki kawasan empangan SAS, melaporkan pada pihak Jabatan Hutan Negeri dan pastikan anda menggunakan khidmat pemandu arah yang berpengalaman.

Jadual ringkas pendakian :

Day 1 :

0700am - Tiba Ulu Kinta, Ipoh Perak
0800am - Tiba di Pejabat Jabatan Hutan untuk proses permit, pembahagian ration dan isytihar kelengkapan dan barangan.
0900am - Pandu masuk ke kawasan Empangan SAS
0930am - Bersiap dan sesi panas badan
1000am - Mula pendakian menuju ke Kem Seroja (tempat bemalam)
0330am - Tiba di Kem Seroja (pacak khemah, aktiviti bebas, berehat, makan dan tidur awal)

Day 2 : 

12.00am - Bangun dan bersiap untuk mendaki ke puncak.
12.30am - Mula pendakian ke puncak.
02.00am - Tiba di Kem Kijang
03.30am - Tiba di Last Water Point
06.00am - Tiba di Puncak Botak (Solat Subuh)
07.00am - Sambung pendakian
07.40am - Tiba di Puncak Chuban
08.30am - Tiba di Puncak Gunung Korbu
09.30am - Sambung pendakian ke Puncak Gunung Gayong
11.30am - Tiba di Puncak Gunung Gayong
01.00pm - Mula bergerak turun ke Kem Seroja
03.00pm - Tiba di Puncak Gunung Korbu
07.00pm - Tiba di Kem Kijang (re-group)
08.30pm - Sambung perjalanan
11.00pm - Selamat tiba di Kem Seroja. (mandi, makan dan tidur)

Day 3 :

06.00am - Bangun solat Subuh
07.30am - Sarapan
08.30am - Mula berkemas dan bergerak
10.00am - Tiba di Air Terjun Sg. Termin (Balak Waterfall / Korga signature - acara berendam)
11.30am - Berkemas dan mula bergerak keluar.
02.00pm - Selamat tiba di starting point (parking kereta)
03.00pm - Pejabat Hutan untuk lapor diri dan isytihar barang
04.00pm - Pulang ke Kuala Lumpur 







































Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans