Gunung Datuk
Pemandangan di puncak Gunung Datuk |
Kaki Sondol memberi salam.
Untuk entri kali ini kaki sondol buka cerita sedikit tentang Gunung Datuk. Antara gunung yang menjadi kegemaran pendaki dan runner untuk membuat latihan dan sesi lepas geram gian ke hutan.
kaki sondol |
Gunung Datuk adalah kemuncak tertinggi di Daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Namun terdapat pertikaian tentang status ketinggiannya, samada ianya berstatus bukit atau gunung. Gunung Datuk ini mempunyai flora dan fauna yang belum tercemar dan keindahan semulajadi. Ia juga dikatakan mempunyai kesan lagenda tapak kaki Hang Tuah di atas batu di puncak gunung.
Gunung Datuk, Rembau Negeri Sembilan |
Mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai di puncak bergantung pada tahap kelajuan pendakian. Apa yang menarik di puncak Gunung Datuk ini, terdapat bongkah batu besar yang merupakan puncak tertinggi. Di puncak kita boleh melihat keindahan alam hingga nampak kapal belayar di Selat Melaka jika cuaca baik. Sesuai untuk semua peringkat umur dengan pendakian yang meyeronokkan dan mencabar. Anda boleh bermalam di puncak gunung.
Bongkah batu Puncak Gunung Datuk |
Di kaki Gunung Datuk dengan aliran sungai yang sejuk dan menyegarkan terdapat tapak perkhemahan yang luas dan semulajadi serta dilengkapi dengan kemudahan elektrik, tandas, chalet dan dewan serbaguna yang boleh memuatkan sehingga 150 orang bagi aktiviti motivasi dan sebagainya. Jika tidak silap sekarang ini pendaki dikenakan caj RM5 dan wajib mendaftar sebelum mendaki.
Starting point |
Gunung Datuk yang terletak di Kampung Batang Nyamor mukim Gadong dalam Daerah Rembau. Tol Simpang Empat Alor Gajah, Melaka dari Selatan, Tol Pedas/Linggi dari sebelah utara pintu masuk ke Daerah Rembau dengan jarak 13km dari Pekan Rembau dan Pekan Tampin. Mengambil masa 15 minit untuk tiba di kaki Gunung Datuk dengan kemudahan jalan yang berturap dan tempat letak kenderaan.
seperti biasa menu puncak |
Walaupun Gunung Datuk ini mempunyai ketinggian yang tidak berapa tinggi, tetapi boleh dikatakan tahap pendakian disini memang mencabar. Trek "pangok" dan berakar menjadikan pendakian yang sukar terutama musim hujan. Kali terakhir kaki sondol mendaki Gunung Datuk ini terdapat pokok tumbang dan tanah runtuh di laluan trek berhampiran checkpoint Pondok 1.
Gadis on trek, bukan gadis litar |
Trek berakar dan berbatu |
Kisah cakar pak belang |
Camp site di puncak jika hendak bermalam. |
Ini sedikit info yang mungkin dapat membantu anda yg berminat untuk mendaki Gunung Datuk.
Nama: Gunung Datuk
Ketinggian: 2900 kaki (870m)
Tempat: Kg Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: 21km dari Pekan Rembau, 15km dari Pekan Tampin
Tol: dari utara; tol Pedas-Linggi, dari selatan; tol Simpang Ampat
Pendaftaran: RM5
Masa Naik: 2.5 jam (bergantung)
Masa Turun: 1.5 jam (bergantung)
Tahap: Medium
Trek: Tanah bukit, berakar dan berbatu
Antara gambar yang ada dalam simpanan kaki sondol untuk tatapan anda semua :
Comments
Post a Comment