5 Puncak Tertinggi di Malaysia


Salam puncak tertinggi.

Sebagai pendaki gunung, sudah tentu sentiasa terbayang - bayang di fikiran kita untuk menawan semua puncak gunung tertinggi di negara kita ini. Dan apabila kita sebut sahaja gunung tertinggi di Malaysia, semua orang pasti tahu Gunung Kinabalu di Sabah merupakan gunung tertinggi di negara kita.

Jadi kali ini kaki sondol nak kongsikan tentang 5 gunung tertinggi yang terdapat di Malaysia.

Tahukah anda bahawa kelima-lima gunung tersebut terletak di Timur Malaysia iaitu di kepulauan Borneo? Terdapat 2 negeri yang terletak di situ iaitu negeri Sabah & Sarawak Keadaan muka bumi yang berbukit bukau di kepulauan Borneo menyebabkan 2 negeri tersebut mempunyai jumlah gunung yang banyak dan tinggi berbanding gunung-gunung yang ada di Semenanjung Malaysia. 5 buah gunung tersebut ialah Gunung Kinabalu (Sabah), Gunung Trusmadi (Sabah), Gunung Tambuyukon (Sabah), Gunung Murud (Sarawak) dan Gunung Mulu (Sarawak). 


1. Gunung Kinabalu



Gunung ini merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan juga ke-5 tertinggi di Asia Tenggara. Gunung ini yang terletak di Sabah mempunyai ketinggian 4,095 meter dari paras laut. Namun ada yang berpendapat bahawa Gunung Kinabalu adalah yang tertinggi di Asia tenggara sekiranya faktor persempadanan geologi diambil kira. Bagi penduduk Sabah, Gunung Kinabalu adalah menjadi lambang kemegahan bagi mereka dan dapat memberikan semangat bersatu padu rakyat Sabah. Banyak kisah-kisah misteri yang dikaitkan dengan gunung ini antaranya penduduk setempat beranggapan bahawa roh-roh orang yang sudah meninggal dunia akan bersemadi di Gunung Kinabalu.


2. Gunung Trusmadi



Gunung ini pula adalah yang ke-2 tertinggi di Malaysia dan terletak di Daerah Tambunan, Sabah. Walaupun ketinggiannya hanya 2,642 meter dari paras laut, namun tahap kesukaran pendakian untuk gunung ini adalah lebih sukar berbanding Gunung Kinabalu. Ini kerana gunung ini belum sepenuhnya diterokai dan masih kekurangan kemudahan untuk mendaki. Namun bagi para pendaki, meraka beranggapan bahawa gunung ini menjadi syurga bagi penggemar sukan pendakian kerana gunung ini mempunyai flora & fauna yang menarik dan jarang ditemui di gunung-gunung lain. Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan lebih jelas jika berada di puncak Gunung Trusmadi


3. Gunung Tambuyukon



Gunung Tambuyukon berketinggian 2,579 meter dari paras laut terletak di Sabah. Gunung ini juga seperti Gunung Trusmadi yang terkenal dengan keindahan muka buminya yang asli. Terdapat banyak flora di gunung ini yang sesuai untuk dijadikan bahan perubatan.


4. Gunung Murud



Gunung yang terletak di Sarawak bumi kenyalang ini merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan yang ke-3 di Malaysia. Ketinggian Gunung ini adalah 2,438 meter dari paras laut. Gunung ini mempunyai keindahan alam semula jadi yang menarik. Pendakian pertama yang telah direkodkan untuk gunung ini adalah oleh peneroka dari Sweden yang juga merupakan pakar alam sekitar iaitu Dr. Eric Mjoberg pada tahun 1922. Beliau kemudiannya menjadi penyelia muzium Sarawak pada masa itu.


5. Gunung Mulu



Gunung ini merupakan gunung ke-5 tertinggi di Malaysia selepas Gunung Murud iaitu berketinggian 2,371 dari paras laut. Gunung ini terletak di bahagian Miri dan Limbang, Negeri Sarawak. Gunung ini berdekatan dengan Gunung Api dan Gunung Benarat dengan masing-masingnya berketinggian 1,750 dan 1,585 dari paras laut. Gunung ini berada di Taman Negara Mulu yang terkenal dengan gua-guanya yang menarik. Salah satunya ialah Gua Rusa yang merupakan gua terbesar di dunia. Untuk pendakian pula, Gunung Mulu mempunyai tahap kesukaran pendakian yang tinggi. Oleh itu, peralatan pendakian yang lengkap adalah amat diperlukan.

Itulah dia 5 buah gunung yang tertinggi di Malaysia yang menjadi impian setiap pendaki untuk menawan puncaknya termasuklah kaki sondol. Keindahan dan kehijauan hutan yang mempesonakan diharapkan sentiasa terpelihara agar menjadi simbol kebanggaan negara kita.


Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung