Gunung Irau


Mossy Forest Gunung Irau

Salam kaki sondol untuk semua.

"Lord of The Rings". Sebut sahaja nama filem itu pasti kita akan teringat akan kehijauan dan keindahan hutan yang dipaparkan ''Fargorn Forest" dalam filem itu.


Jadi kali ini kaki sondol nak kongsi tentang keindahan gunung yang tidak kurang hebatnya kehijauan hutannya malah mirip lanskap "mossy forest" atau hutan lumut yang ada mirip dalam filem tersebut. Ya, betul Gunung Irau. Filem tanah air Puteri Gunung Ledang juga pernah membuat penggambarannya disini untuk salah satu "scene" dalam filem tersebut.


Gunung Irau merupakan sebuah gunung di sempadan negeri Perak Darul Ridzuan dengan Pahang Darul Makmur, Malaysia dan mempunyai ketinggian 2,110 m (6,924 kaki). Gunung Irau merupakan puncak tertinggi di Tanah Tinggi Cameron.



Gunung ini terkenal kerana hutan lumutnya. Gunung ini mengandungi hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Ia juga terletak bersebelahan dengan gunung. Brinchang


Jika tidak silap, yang terkini pendaki perlu memohon permit mendaki dengan Jabatan Hutan Pahang terlebih. Seusai urusan permit, seperti biasa sebelum pendakian, laporkan diri ke Balai Polis Brinchang.



Untuk ke starting point pula, jika dulu kaki sondol memandu terus ke dalam melalui ladang teh yang indah. Tapi kini difahamkan atas faktor keselamatan, anda dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan 4x4 untuk masuk ke dalam. (Jika tak nak cermin kereta pecah atau tayar kereta bocor la - vandalisme katanya).



Kebiasaannya pendaki melakukan pendakian secara "daypack" sahaja. Biasanya pendakian mengambil masa 3 hingga 4 jam untuk sampai ke puncak bergantung kepada stamina masing- masing. Dinasihatkan anda memulakan pendakian pada awal pagi untuk mengelakkan aktiviti turun dilakukan pada lewat petang. Jadi anda dapat tiba di tempat permulaan pendakian sebelum waktu malam.


Peringkat permulaan trek agak mendatar dan laluan menurun sebelum trail mula mendaki. Ketika perjalanan, anda akan menjumpai pelbagai jenis bunga dan periuk kera serta bakal disajikan dengan keindahan hutan yang berlumut dan menghijau. 


Selepas dua jam mendaki, akan sampai kawasan lapang yang dipanggil Anak Irau atau ‘False Peak’. Dari sini memakan masa lebih kurang 1 jam 15 minit untuk sampai ke puncak.




Kaki sondol nasihatkan supaya anda memakai ‘windbreaker’ kerana suhu pada waktu pagi di sini sejuk sekitar 20- 22 Celcius. Dan jangan lupa "headlamp" itu wajib. Kaki sondol sendiri ada pengalaman tidak menarik tentang "headlamp" sewaktu salah satu trip pendakian disini. Boleh juga bawa bersama baju hujan atau ‘poncho’ sebagai persediaan jika hujan kerana cuaca di sini tidak menentu.






Sepanjang pendakian, trail basah, lecak dan berlumpur. Jika langkah tidak diatur dengan berhati-hati, nasib tak baik anda boleh terjatuh di dalam lumpur separas paha. Pakai kasut yang bersesuaian. Disarankan memakai kasut getah atau ‘Adidas Kampung’ jika selesa kerana senang dicuci.



Jangan terlalu gopoh untuk kejar puncak tapi kaki sondol sarankan tenang mendaki dan nikmati keindahan "mossy forest" yang ada sepanjang pendakian. Dan pula terlalu leka mengambil gambar tanpa ditemani. Pastikan sentiasa berteman sebab dah ada kes sesat di Gunung Irau baru - baru ini. 


























Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung