Gunung Bujang Melaka

Salam kakisondol.

Kali ini kakisondol ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang Gunung Bujang Melaka. Pasti ramai yang ingat gunung ini terletak di negeri Melaka kan?


View di puncak Gunung Bujang Melaka

Dan mungkin ada antara anda yang pernah menawan Gunung Bujang Melaka. Berketinggian 4,075kaki. Ianya terletak di daerah Kampar Perak, ia merupakan salah satu destinasi pendakian yang agak popular di kalangan para pendaki dari dalam mahupun luar Perak, terutama dikalangan pelajar. Ini kerana, lokasinya sesuai bagi pendaki baru dan pengenalan buat mereka yang mahu berjinak-jinak didalam sukan pendakian.

Keindahan dan kesejukan Air Terjun Batu Berangkai menggamit para pendaki untuk kesana terutama ketika mengakhiri ekspedisi dengan bermandi manda di beberapa jeram, kolam dan bekas empangan lama.



Air terjun Batu Berangkai.. 


Namun ramai yang tidak menyedari akan beberapa keistimewaan yang terdapat disana termasuklah kesan sejarah yang terdapat di 'Banjaran Mambang Diawan' tersebut. Ya, ia pernah dikenali sebagai Gunung Mambang Diawan dikalangan orang tempatan suatu ketika dahulu disebabkan kawasan banjaran yang sering dilitupi kabus.



Rezeki dapat jumpa cendawan rare ketika on trek.


Gunung Bujang Melaka ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Nama : Gunung Bujang Melaka
Ketinggian : 4,075 kaki @ 1,233 meter
Kawasan : Hutan Simpan Bujang Melaka, Kampar, Perak
Kapasiti : 50 ke 100 orang dalam satu masa 
Gunung Sekitar : Gunung Relau




Kopi di puncak Gunung Bujang Melaka. 


JADUAL RINGKAS 2 HARI 1 MALAM


Hari 01 : 


Jika anda menggunakan bas, lokasi berkumpul adalah di perkarangan Masjid An-Nur(Masjid Jamik), Kampar.
07.00 am - Sarapan pagi di warung hadapan masjid. Boleh tapau lunch.
08.00 am - Melalui jalan raya(jalan kampung) menuju ke Kawasan Perkelahan Air Terjun Batu Berangkai. Alternatif lain adalah parking kereta di kawasan perkelahan atau menggunakan khidmat 4WD .
08.40 am - Memulakan pendakian melalui perkampungan orang asli.
11.00 am - Rehat di Kem Balak.
12.30 pm - Makan tengahari di Last Watepoint.
13.30 pm - Meneruskan perjalanan ke kem seterusnya.
14.30 pm - Dijangka tiba di Kem Lebah, dirikan khemah, tinggalkan beg dan terus ke puncak.
16.00 pm - Berjaya menawan puncak Gunung Bujang Melaka!
17.30 pm - Tiba semula di Kem Lebah, bermalam dan sesi unggun api.

Hari 02 :


08.00 am - Sarapan pagi disediakan.
09.00 am - Turunkan khemah dan bersihkan kem.
09.30 am - Mula turun ke air terjun.
13.30 pm - Dijangka tiba di Air Terjun Batu Berangkai, sesi berkelah dan mandi manda.
15.30 pm - 4WD menghantar anda ke parkir bas dan bersurai.





Simpang masuk dari jalan utama.


Kami pilih untuk berjalan ke dalam.


On trek


Kem Lebah


#kakisondol di Gunung Bujang Melaka 2013

Comments

  1. Assalamualaikum, tumpang tanya.. kalau nk naik gunung ni mmg perlu ada guider ke ya? mmg procedure dia mcm tu ke? sbb kami plan nk pergi sehari ja.. Dan perlu minta permission sesiapa ka ya? mcm jabatan hutan eyc.. tq 🤗🤗

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung