Gunung Tahan




Salam rindu puncak dari kaki sondol.

Entri kali ini kaki sondol bawakan pula puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Ya betul! Gunung Tahan. 



Gunung Tahan dengan ketinggian (2187 meter),merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan terletak di Taman Negara dalam negeri Pahang. Bagaimanapun, Gunung Tahan adalah lebih rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Borneo.



Gunung Tahan ini boleh didaki dengan melalui trek Taman Negara Merapoh atau melalui trek Kuala Tahan. Lazimnya, laluan ke puncak Tahan serta anggaran tempoh hari pendakian berdasarkan kemampuan & pace pendaki  itu sendiri adalah seperti berikut:

• Merapoh – Gunung Tahan – Kuala Tahan (5-6 hari)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Merapoh (5-6hari)
• Merapoh – Gunung Tahan – Merapoh (3-4 hari)
• Kuala Tahan – Gunung Tahan – Kuala Tahan (4-5 hari)



Sebelum setiap pendaki boleh memasuki Taman Negara Pahang sama ada berkumpulan atau perseorangan, adalah diwajibkan untuk setiap pendaki melakukan pengisytiharan barang-barang yang akan dibawa semasa mendaki, jadi setiap item yang dibawa masuk ke dalam tidak boleh dibuang, ditinggalkan merata-rata kecuali sisa-sisa makanan yang boleh terhapus dan perlu membawa keluar balik barang yang dibawa masuk. Langkah ini perlu diambil untuk menjaga kebersihan dan keaslian Hutan Gunung Tahan terkawal.



Jadi untuk ekspedisi pendakian kali ini, kaki sondol akan mendaki melalui trek Merapoh - Gunung Tahan Merapoh.

Jadual ringkas pendakian :

Day 1 :

00.30am - Tiba di pekan Merapoh dengan memandu dari KL. (rehat)
06.00am - Bangun mandi dan solat subuh.
07.00am - Sarapan dan tapau lunch pack sambil menunggu pemandu arah kami, Ustaz Nan.
07.30am - Ketibaan guide dan pandu masuk ke Pejabat Taman Negara Pahang Sungai Relau.
08.00am - Proses pendaftaran, pembahagian ration, pengisytiharan barang dan safety briefing.
09.30am - Menaiki kendaraan 4x4 ke starting point Kuala Juram.
10.30am - Sesi pemanas badan dan mula pendakian.
01.30pm - Tiba Kem Kuala Luis. (Makan tengahari)
02.30pm - Sambung pendakian.
04.00pm - Tiba Kem Kor ( Pacak Khemah dan bermalam )

Day 2 :

06.00am - Bangun solat subuh.
07.00am - Masak untuk sarapan dan lunch pack.
08.30am - Bersiap dan mula sambung pendakian.
12.30pm - Tiba di Kem Kubang (Makan tengahari)
02.00pm - Sambung pendakian
05.30pm - Tiba di Kem Bonsai
07.00pm - Tiba di Kem Botak (Pacak Khemah & bermalam)

Day 3 :

05.30am - Bangun solat Subuh dan bersiap untuk summit attack.
06.30am - Mula pendakian menawan Puncak Gunung Tahan.
07.00am - Tiba di Puncak Gunung Tahan.
09.00am - Turun semula ke Kem Botak (bersiap untuk turun)
10.30am - Mula turun Kem Kor.
05.30pm - Tiba di Kem Kor dan bermalam.

Day 4 :

06.00am - Bangun solat Subuh 
07.00am - Masak sarapan dan lunch pack
09.30am - Mula bergerak untuk ke starting point Kuala Juram.
02.30pm - Selamat tiba di Kuala Juram
03.00pm - Menaiki kenderaan 4x4 keluar ke Pejabat Taman Negara Pahang Sungai Relau.
03.45pm - Tiba di Pejabat Taman Negara
04.00pm - Selesai proses isytihar barang dan daftar keluar.
04.30pm - Memandu pulang ke KL.









.



































Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung