Tips menyusun barang dalam beg mendaki.


Salam pendakian..

Entri kali ini kaki sondol nak kongsikan sedikit tips dan panduan tentang bagaimana susun atur yang baik dalam beg mendaki kita. 



Teknik menyusun barang dengan betul sebenarnya sangat mempengaruhi pretasi pendakian anda disamping tujuan keselamatan dan kemudahan sewaktu mendaki.

Susun atur yang salah boleh mengakibatkan tekanan beban yang tidak seimbang pada postur badan seterusnya menyebabkan sakit belakang dan membuat kan prestasi pendakian merundum.





TIPS MENYUSUN BARANG DALAM BEG MENDAKI.



Diagram menunjukkan kaedah susunan keperluan hiking secara am. Pembahagian barang-barang perlu betul agar pendakian / aktiviti hiking anda selesa dan tidak mencederakan tulang belakang anda.



Secara am nya, susunan perlu disusun berdasarkan berat barang tersebut.

1) BAHAGIAN BEG : BAWAH - besar dan berat. Cth:Sleeping bag, sleeping mats, khemah.

2) BAHAGIAN BEG: TENGAH (RAPAT KE BADAN / ATAS PINGGANG) - berat
Alatan memasak (Stove, Gas memasak), Makanan dalam tin (yang berat)

3) BAHAGIAN BEG: TENGAH - sedikit ringan
barang makanan (yang ringan), pinggan, cawan

4) BAHAGIAN BEG: ATAS - sangat ringan dan mudah dikeluarkan. Pakaian, peta, makanan ringan, kamera, keperluan mandi, air minuman,

*bahagian atas adalah untuk barang yang senang dikeluarkan ketika dalam perjalanan.

Tips: Disebabkan keadaan bumi Malaysia yang sentiasa hujan dan basah, maka elok lah barang2 seperti baju, khemah dll dibungkus dengan plastik.

Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung