6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Salam kecergasan dari kaki sondol.

Entri kali ini kaki sondol kongsikan sedikit panduan tentang pemakanan yang sesuai untuk mendaki. Namun ianya hanyalah cadangan juga bergantung kesesuaian dan selera pendaki itu sendiri. Kaki sondol sendiri selalu "improvise" menu pendakian mengikut kesesuaian tahap ekspedisi dan cuaca serta keadaan getir.



Aktiviti mendaki gunung adalah salah satu sukan yang mencabar dan memerlukan stamina yang tinggi. Oleh itu, pemilihan makanan yang betul juga amat penting bagi memastikan anda kekal bertenaga untuk sampai ke puncak. Di bawah ini ada 6 jenis makanan yang boleh disimpan ke dalam beg anda.



1. Kekacang



Kekacang adalah makanan terbaik untuk dibawa semasa mendaki gunung. Selain ringan dan mudah dibawa, ia juga sesuai dinikmati sepanjang pendakian. Kandungan protein yang terkandung didalamnya bagus untuk melindungi otot agar kekal kuat untuk mendaki hingga ke puncak.


2. Mi Segera



Mi segera adalah salah satu makanan yang popular di kalangan para pendaki. Ia ringkas dan amat praktikal untuk dibawa kemana-mana. Selain mi, terdapat juga pasta dan bubur nasi segera yang dijual di pasaran dan didatangkan dengan pelbagai perisa yang boleh menghangatkan badan melawan kedinginan suhu di puncak gunung.


3. Coklat



Tatkala badan terasa penat, coklat dan energy bar adalah antara makanan yang boleh mengembalikan dan menghasilkan tenaga segera yang diperlukan badan. Pemilihan coklat yang berkacang juga boleh memberikan tenaga tambahan buat anda. Oleh itu, pastikan makanan ini ada dalam bag anda setiap kali bercadang untuk melakukan pendakian.  


4. Buah



Bawalah buah-buahan yang sesuai dimasukkan ke dalam beg seperti kurma, jambu, epal atau pir. Ini kerana buah-buahan ini lebih ringan serta berupaya mengisi perut disaat berkeroncong. Elakkan membawa buah-buahan berat seperti pisang atau tembikai keran ia hanya akan membebankan bahu anda. Berat tu…


5. Gula-gula



Disaat badan menggigil kerana kurang tenaga, gula-gula juga mampu menjadi penyelamat. Selain memberikan tenaga segera, ia juga mudah dibawa dan boleh disimpan dalam tempoh yang lama.



6. Makanan Dalam Tin



Jika anda ada membawa bekalan beras atau nasi untuk dinikmati sepanjang pendakian, makanan dalam tin adalah lauk yang praktikal dan sesuai untuk dinikmati. Terdapat pelbagai pilihan yang ada dijual di pasaran antaranya ikan sardine, tuna, sambal bilis, sambal kerang, sup, kari dan sebagainya. Namun pastikan anda membeli makanan yang senang dibuka atau membawa pembuka tin. Kalau tidak, satu masalah juga bila nak memasak nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung