Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans



Salam kehijauan dari kaki sondol.

Entri kali ini masih kaki sondol kongsikan pula satu lagi ekspedisi pendakian gunung yang dikategorikan oleh pendaki Malaysia sebagai kategori G7 iaitu antara 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia yang berketinggian lebih daripada 7,000 kaki iaitu Gunung Yong Yap.



Untuk ekspedisi kali ini berkonsepkan "trans-reverse" iaitu mendaki 3 gunung di dalam jalur pendakian yang sama dan berlawan arah dari trek kebiasaan atau songsang dalam masa yang 3 hari 2 malam. Kebiasaaannya pendaki akan mendaki Gunung Yong Yap kemudian Gunung Bubu dan diikuti dengan Gunung Tok Nenek yang popular dengan panggilan YYBTN. Jadi bagi YYBTN "trans-reverse" adalah sebaliknya.



Gunung Yong Yap yang bersempadan dengan negeri Perak/Kelantan mempunyai ketinggian setinggi 2,167 meter (7,110 kaki). Gunung Yong Yap termasuk 'G7' oleh pendaki tempatan. Gunung G7 yang lain ialah Gunung Tahan dan Gunung Yong Belar di Pahang, Gunung Korbu, Gunung Gayong, Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat di Perak. 



Gunung Tok Nenek yang sebelum ini dikenali sebagai gunung Table & Chair, terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,916 meter (6,284 kaki) dan mempunyai lanskap puncak berbatu yang unik dan pemandangan 360 darjah yang indah. Manakala Gunung Bubu pula mempunyai ketinggian 1,974 meter (6,476 kaki).



Gunung - gunung ini boleh didaki melalui beberapa trek pendakian yang berbeza iaitu : 

  • Via Kuala Mu (from Lasah) – Pondok 1 – Pondok 2 – Anak Yong Yap – LWP – Yong Yap Summit (3D2N)
  • Via Pos Regil – Y Junction – Camp Agas – Camp Sungai Y – Camp Balak Pecah – Camp Simpang Y – Yong Yap Summit (3D2N)
  •  Via Trans from Kuala Mu ~ Pos Regil / Pos Regil ~ Kuala Mu (4D3N / 3D2N)
  •  Via Reverse Trans from Pos Regil (4D3N / 3D2N)
  •  Via Trans V2 (8D7N)






Jadual ringkas pendakian :


Day 1 :

12.00pm - Meeting point Masjid Lojing (Pembahagian ration & briefing)

01.00am - Balai Polis Lojing (Lapor diri)
01.30am - Perkampungan Orang Asli Pos Rengil (Packing, Rehat & Lapor diri)
05.30am - Mula pendakian.
06.15am - Berhenti Solat Subuh
07.30am - Tiba di Simpang Y (Sarapan)
08.30am - Sambung pendakian
10.30am - Kem Lengkuas
12.00am - Kem Hari
02.30am - Kem Belumut (Makan Tengahari)
06.50pm - Puncak Kambing (Pacak khemah dan bermalam)



Day 2 :

06.00am - Bangun solat Subuh & Sarapan
07.00am - "Summit Attack" Puncak Gunung Tok Nenek
07.20am - Puncak Gunung Tok Nenek
09.00am - Puncak Kambing (Berkemas dan sambung pendakian)
11.45am - Puncak Gunung Bubu (Makan tengahari)
01.00pm - Sambung pendakian
05.00pm - Kem Simpang (Tinggal beg)
06.15pm – Tiba di Puncak Gunung Yong Yap
08.00pm – Kem Simpang (Ambil beg & mula ke turun ke Kem Sg Jeruk untuk bermalam)
09.00pm – Kem Balak Pecah
10.30pm – Kem Sg Jeruk (Pacak khemah dan bermalam)


Day 3 : 

06.00am - Bangun solat Subuh & Sarapan
09.00am - Mula berkemas & bergerak untuk keluar.
11.00am - Kem Agas
01.30pm - Simpang Y (Berhenti untuk makan tengahari)
05.00pm - Tiba di Perkampungan Orang Asli Pos Rengil
06.00pm - Bergerak keluar ke Lojing dan bersiap pulang ke KL






































































































































Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung