Ciri - Ciri Hutan Gunung di Malaysia




Salam semua.

Kaki sondol kali ini ingin berkongsi sedikit informasi tentang ciri - ciri hutan gunung di negara kita. 

Seperti yang anda semua maklum, negara kita Malaysia terletak di kawasan Asia Tenggara pada garisan Khatulistiwa. Mempunyai iklim lembab dan panas sepanjang tahun dan terlepas daripada lingkaran api pasifik membuat negara kita mempunyai hutan yang sangat unik dan indah.




Gunung - gunung yang membentuk beberapa banjaran di negara kita sebenarnya mempunyai beberapa jenis hutan gunung.



Jom kita kenali ciri - ciri yang terdapat pada hutan gunung di negara kita :


1) Ketinggian(1200m-1800m)

   Hutan Gunung
  • Hutan  Montane Bawah( hutan oak laurel)
   Ciri Tumbuhan
  • Terdapat banyak pokok daun luruh seperti oak dan laurel
  • Profil hutan ini mengandungi dua tingkat sahaja
  • Ketinggian pokok adalah lebih rendah daripada pokok hutan hujan tropika, iaitu jarang melebihi 24meter
  • Sudurnya agak rata dan tanpa renjong besar
  • Lapisan pokok renek mengandungi rotan,palma dan paku pakis
  • Terdapat banyak epifit seperti orkid dan paku langsuyar
  • Di lantai hutan, terdapat liverwort dan lumut'


                        



2) Ketinggian( 1800m-2900m)
   Hutan Gunung

  • Hutan Montane Atas (hutan erika gunung)
   Ciri Tumbuhan
  • Terdapat pokok daun tirus seperti pain, sprus dan gelam gunung
  • Terdapat satu lapisan pokok rendah dan bantut (1.5m hingga 15m)
  • Terdapat banyak lumut dan pokok tumpang seperti orkid
  • Di lantai hutan terdapat Raflesia, periuk kera, pokok rhododendron,liverwort dan lumut

             


3) Ketinggian(2900m-3500m)
   Hutan Gunung

  • Tumbuhan hampir alpain
  Ciri Tumbuhan
  • Hanya terdapat di Gunung Kinabalu
  • Hutan di sini jarang dan mengandungi pokok kerdil, paku pakis, pokok renek konifer dan rumput
             

4) Ketinggian (Melebihi 3500m)
   Hutan Gunung

  • Tumbuhan alpain
   Ciri Tumbuhan
  • Hanya terdapat di Gunung Kinabalu
  • Tumbuhan jarang didapati 
  • Terdapat semak samun yang terdiri daripada rumput, kulamair, lumut, rhododendron dan orkid


Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung