Gunung Yong Belar




Salam gunung dari kaki sondol untuk semua.

Entri kali ini kaki sondol ingin berkongsi sedikit pengalaman mendaki Gunung Yong Belar.

Gunung Yong Belar merupakan penghubung antara 3 sempadan negeri iaitu Perak, Pahang, dan Kelantan. Ketinggian gunung ini adalah 2,181 meter dari aras laut dan tersenarai sebagai gunung G7 atau dengan kata mudahnya 7 gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia. 



Dengan ketinggian melebihi 7,000 kaki, gunung ini merupakan salah satu gunung yang menjadi menu wajib atau kelaziman tradisi G7 yang tidak diketahui asal usul oleh para pendaki di Malaysia untuk menawan puncaknya. Istilah G7 ini kaki sondol akan kongsikan dalam entri yang akan datang. Ekspedisi menawan Gunung Yong Belar kali ini  berlangsung selama 2 hari 1 malam.



Cabaran yang telah kami lalui dalam pendakian kali ini adalah antaranya laluan paip atau trek paip licin dan sentiasa menunggu "mangsa" gelak ketawa, penyengat di laluan trek selepas pintu rimba, puncak tipu atau "false peak" yang menguji ketahanan minda di samping suhu yang sejuk di waktu malam, bergantung pada keadaan cuaca.



Kami memulakan pendakian di "starting point" Blue Valley Dam yang memerlukan khidmat kenderaan 4X4 untuk masuk ke sini. Sekarang ini kebanyakan ekspedisi ke Gunung Yong Belar ini sudah menjadi agak mudah dan jimat masa sebab tidak perlu lagi melalui trek paip malah terus ke pintu rimba melalui kebun dengan menaiki 4x4. Jadi banyak pendakian sekarang ini yang dilakukan secara "daypack".

Jadual ringkas pendakian :

Day 1 : 

1200am - Tiba di meeting point SK Kg Raja, Cameron Highland.
1230am - Pembahagian ration, berkemas dan tidur.
0530am - Bangun solat subuh dan bersiap.
0630am - Mula bergerak menaiki 4x4.
0650am - Tiba di Blue Valley Dam dan sesi memanas badan.
0700am - Mula pendakian melalui trek Jalan Paip.
0800am - Tiba di check point Kabin.
1045am - Tiba di Kem Tudung Periuk. (pacak khemah dan bersiap daypack gear untuk menawan puncak).
1130am - Mula pendakian"summit attack"
0330pm - Tiba di Kem Kasut.
0500pm - Tiba Puncak Gunung Yong Belar.
0630pm - Mula untuk turun ke Kem Tudung Periuk.
0745pm - Tiba di Kem Kasut
1000pm - Tiba di Kem Tudung Periuk. (mandi, makan, tidur)

Day 2 :

0630am - Bangun solat Subuh.
0730am - Masak sarapan dan sembang kopi.
1000am - Aktiviti membersihkan camp site dan berkemas.
1100am - Mula turun ke Blue Valley Dam
0300pm - Tiba di Tangga 200 (telefon 4x4 - kawasan ini ada liputan talian telefon)
0330pm - Blue Valley Dam, menaiki 4x4 keluar pulang.
0400pm - Tiba di SK Kg Raja, Cameron Highland dan bersiap pulang ke KL.










































































































































































Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung