Gunung Nuang



Salam semua.

Kaki sondol kali ini mempersembahkan Gunung Nuang, destinasi paling popular di kalangan pendaki dan "runner" di sekitar Lembah Klang. 



Lanskap pendakiannya yang mencabar selain lokasinya yang agak dekat dengan Lembah Klang menjadikannya "port" training dan lepas gian dikalangan pendaki dan pelari tegar. Selain itu keindahan air terjun di Kem Lolo juga menjadi faktor utama mengapa ia menjadi lokasi tumpuan bagi penggema aktiviti lasak dan pencinta alam untuk meluangkan masa dan bermalam disini.

Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.

Tingginya 1498 meter pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :
Dari Kuala Pangsun di Hulu Langat.
Dari Kampung Kemensah, Gombak.
Dari Janda Baik, Pahang



Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.



Jadual ringkas ke Gunung Nuang via Pangsun.

Day 1 :

0900pm - Bergerak dari Kuala Lumpur
1000pm - Tiba di Pejabat Renjer Pangsun, Hulu Langat dan mendaftar.
1100pm - Bersiap dan mula mendaki melalui jalan balak.
0100am - Tiba di Kem Lolo, pacak khemah, tidur

Day 2 :

0530am - Bangun solat Subuh dan bersiap
0630am - Mula mendaki dari Kem Lolo
0800am - Tiba di Kem Pacat dan regroup
0830am - Sambung mendaki
0945am - Tiba di Puncak Pengasih
1000am - Tiba di Puncak Gunung Nuang.
1130am - Mula turun
0200pm - Tiba di Kem Lolo, mandi, masak, makan, rehat, kemas
0330pm - Mula bergerak keluar melalui jalan balak
0530pm - Tiba di Pejabat Renjer, daftar keluar dan pulang 



























Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung