Gunung Bunga Buah

Kaki sondol kembali.

Kali ini kaki sondol nak kongsikan sedikit tentang trip sesuci sesondol pendakian Gunung Bunga Buah mengejut 2013.

Genting Highland sebelah sana.


Gunung Bunga Buah yang terletak di sempadan Selangor Darul Ehsan, Genting Highland, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki).

Tema biasa kopi view


Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung ini boleh didaki dalam masa sehari atau pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung ini. Lokasinya yang berdekatan Lembah Kelang, memudahkan pendaki menuju ke Genting Highland dalam masa yang singkat dan faktor tempat mula pendakian yang bersebelahan Jalan Kuala Lumpur - Genting Highland. Gunung Bunga Buah mempunyai hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane

on trek lepas simpang marking GBB


Ianya mempunyai ketinggian setinggi 1,430 meter (4,690 kaki) dari paras laut tetapi sebenarnya pendakian akan bermula dari Gohtong Jaya, sebuah bandar satelit Genting Highlands, pada ketinggian 900 meter dari dan bukan dari 0 meter. Disebabkan faktor ini, Gunung Bunga Buah adalah antara tempat latihan popular bagi pendaki-pendaki gunung di Lembah Klang ketika cuti hujung minggu kerana boleh didaki dalam masa sehari.

Jumpa geng regular senam pagi di trek jalan tar. 


Gunung Bunga Buah ini boleh didaki dari kawasan Genting Highland atau lebih tepat lagi daripada Pekan Gohtong Jaya yang terletak sekitar 40km dari Kuala Lumpur. 

Ada dua trek yang boleh digunakan untuk menuju ke gunung ini, trek pertama daripada simpang belakang Hotel Seri Malaysia dan trek kedua pula adalah daripada bulatan besar selepas Pondok Polis di jalan ke Genting Highland. Kedua-dua trek ini adalah di dalam tanah persendirian dan secara rasminya pendaki perlu mendapat izin sebelum melalui trek-trek ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan akibat menceroboh.

view hutan genting


Jadual ringkas daypack :

05.00 am - Bergerak dari Kuala Lumpur
06.00 am - Tiba di Gohtong Jaya, Solat Subuh , lapor diri di Balai Polis
07.00 am - Mula mendaki melalui Kebun Sayur
08.00 am - Tiba di jalan lama berturap ( Jalan lama ke Genting Higland)
08.15 am - Trek Kuari
08.45 am - Simpang trek hutan (Marking GBB)
09.50 am - Rock Garden (lepak layan view Genting Highland)
10.30 am - Menuju puncak
11.15 am - Tiba di Puncak Gunung Bunga Buah
12.15 pm - Mula turun
14.45 pm - Tiba di kebun sayur
15.30 pm - Mandi, Solat Zohor, bergerak pulang ke Kuala Lumpur.

*nota - pace ikut sesedap rasa, harap maklum

trek jalan turap

trek susur kuari

view genting terhalang dek kabus

simpang marking GBB, pendakian sebenar bermula disini

pacer kami si koko

rock garden

rocker di rock garden

geng kaki sondol

Puncak Gunung Bunga Buah (Beirut)


Itu lah sedikit coretan kaki sondol di Gunung Bunga Buah tahun 2013. Sebarang komentar dan perkongsian boleh dilemparkan dengan senang hatinya. Moga ada manfaat untuk semua walaupun sebesar kutu si koko, pacer GBB kami. Sekian.

                                                                                                                            #kakisondol




Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung