Gunung Ledang




Salam kaki sondol untuk semua.

Sebut sahaja Gunung Ledang, pasti semua tahu tentang kewujadan gunung ini. Maklumlah ia terkenal dengan kisah lagenda Puteri Gunung Ledang. Bahkan banyak lagi kisah dan hikayat yang melibatkan gunung ini.



Bagi kaki sondol pula, Gunung Ledang merupakan salah satu sejarah penting yang tercoret dalam sejarah hidup ini. Ia merupakan gunung pertama yang kaki sondol daki ketika berusia 8 tahun bersama dengan arwah bapa. Maklumlah arwah bapa berasal dari Serom, Johor jadi wajib la tahu. Disini juga terdapat air terjun yang memang menjadi destinasi wajib setiap kami pulang ke kampung.



Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Daerah Tangkak, Johor, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter , Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.



Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. 



Di puncak gunung ini terdapat stesen pemancar TV dan radio. Stesen pemancar di sini dikhususkan bagi penduduk di Utara Johor, Melaka, bahagian barat daya Pahang dan sebahagian selatan Negeri Sembilan. Bagi TV RTM stesen pemancar Gunung Ledang dikhususkan kepada penduduk di daerah Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak di Johor dan daerah Jasin, Melaka.  Bagi siaran radio pula, pemancar FM dikhususkan bagi pendengar di seluruh Negeri Melaka, daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor, bahagian barat daya Pahang seperti Keratong dan bahagian selatan Negeri Sembilan seperti Tampin, Gemencheh, Gemas, Kota dan sebahagian kawasan Jempol. 



Terdapat juga dua stesen pemancar khusus untuk Negeri Sembilan Timur yang pancarannya dari Gunung Ledang. Talaannya dihala ke kawasan timur Negeri Sembilan untuk siaran Negeri FM. Begitu juga satu saluran radio Johor FM yang talaannya dihalakan ke daerah Segamat, Tangkak, Muar dan Kluang.

Jadual ringkas pendakian Gunug Ledang :

Day 1 : 

0400am - Bergerak dari Kuala Lumpur
0630am - Tiba di Tangkak, Johor. Solat Subuh.
0730am - Tiba di Pejabat Hutan Lipur Ledang
0800am - Bersiap, daftar dan declare barangan dibawa.
0900am - Mula mendaki ke camp site.
1030am - Tiba di Camp Site, pacak khemah, persiapan daypack.
1230am - Mula mendaki ke puncak.
0330pm - Tiba di Puncak Gunung Ledang
0500pm - Mula turun ke Camp Site
1930pm - Tiba di Camp Site, mandi, masak, makan, borak, tidur.

Day 2 : 

0600am - Bangun Solat Subuh
0700am - Masak dan sarapan
0830am - Berkemas untuk turun.
0930am - Mula turun ke Air Terjun Kolam gajah
1030am - Tiba di air terjun - aktiviti tiruk dan mandi manda.
1130am - Bersiap dan turun ke Pejabat Hutan Lipur Ledang
1300pm - Tiba di Pejabat Hutan Ledang
1400pm - Bersiap dan pulang ke Kuala Lumpur




















































Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung