Gunung Angsi

View di puncak Gunung Angsi

Salam kaki sondol.

Anda pernah dengar nama Gunung Angsi? Atau anda pernah mendaki Gunung Angsi? Entri kali kaki sondol nak kongsi tentang Gunung Angsi.

Gunung Angsi ni terletak di Tanjung Ipoh yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan terbuka bagi pendakian dan aktiviti mandi manda di air terjun Ulu Bendul. Jadi sesiapa yang lalu kawasan ini menuju ke Kuala Pilah pasti biasa nampak signboard air terjun Ulu Bendul ini.

Lokasi Gunung Angsi dalam peta

Sebelum laluan baru ke Kuala Pilah ini siap, dahulunya laluan utama ke Kuala Pilah adalah melalui Bukit Putus. Teringat zaman sewaktu belajar di Merlang, Kuala Pilah kehandalan driver bas Kuala Pilah - Seremban melayan selekoh - selekoh maut di Bukit Putus dengan hanya sebelah tangan di stereng, sebelah lagi di tingkap sambil pegang rokok. Banyak kenangan den kek pilah tu hah.. ok kita sambung..

Trek Via Ulu Bendul

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam via Ulu Bendul yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Manakala laluan kedua via Bukit Putus yang agak sederhana lanskap pendakiannya. 

Starting Point Via Ulu Bendul


Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapa Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan denai hutan, di tambah dengan laluannya yang agak mencabar bagi trek via Ulu Bendul terutama ketika waktu hujan. 

Beirut lama di Puncak Angsi

View Puncak Angsi

Kaki sondol dah beberapa kali mendaki Gunung Angsi ini bagi tujuan latihan dan permintaan rakan2 yang belum pernah sampai. Kali pertama pada 2004 sewaktu belajar di Kuala Pilah. Ada juga sesi melepas gian nak menyondol. Kebiasaannya pendaki lebih gemar melakukan pendakian secara daypack tapi ada juga bermalam di kawasan air terjun Ulu Bendul. Pastikan anda mendaftar dengan Pejabat Hutan Lipur sebelum mendaki. Pejabatnya di pintu masuk di kawasan rekreasi Air Terjun Ulu Bendul. Selamat mendaki.

Pejabat Hutan Lipur. Pastikan daftar sebelum mendaki.

Kem Tangga Batu. Pacat banyak sini

On trek via Ulu Bendul

6 minit je lagi

Rope area, tak pasti apa rupanya sekarang ni.

Rope area ada tunnel dah. skrg apa khabar nya

Dah ada bau puncak.

Teman sesondol. 

layannnnn.


Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung