Tips persediaan mendaki.


Sebelum ini kaki sondol dah berkongsi sedikit sebanyak tentang Mendaki - Apa manfaatnya? . 


Jadi untuk kali ini wajar rasanya dikongsikan sedikit tips persediaan mendaki.





1. Stamina

Bagi para newbie, anda dinasihatkan selalulah membuat senaman untuk menambahkan stamina beberapa minggu atau seminggu awal sebelum aktiviti pendakian dijalankan. Ini bagi membiasakan diri kita menerima tekanan dan keletihan. Gunung yang bakal anda naiki bukan tinggi yang biasa - biasa. Jadi, anda memerlukan stamina yang kuat untuk sampai ke puncak dengan jayanya. Sengal -sengal kaki itu biasa. 











2. Informasi

Pastikan sebelum mendaki, anda sudah mengetahui seberapa banyak informasi berkenaan gunung tersebut. Ini memudahkan anda jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Selain itu, ia juga dapat membantu anda untuk mengetahui masa yang akan diambil untuk tiba di puncak dan pulang dengan selamat.








3. Teman atau "buddy'

Selalunya aktiviti pendakian tidak dilakukan berseorang. Ia hanya dilakukan secara berkumpulan. Lebih - lebih lagi jika anda adalah seorang hiking newbie. Pastikan kumpulan yang akan anda ikuti nanti merupakan orang - orang yang terlatih atau orang yang sudah biasa dengan keadaan hutan/hiking. Pastikan anda mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Bak kata pepatah 'berdiri sama tinggi, duduk sama rendah.'. Jangan pentingkan diri sendiri.





4. Peralatan

Senaraikan peralatan penting yang akan dibawa ketika mendaki. Tak usah membawa peralatan yang tidak penting dan tidak berguna seperti buku untuk dibaca ketika ada masa lapang. Usah kan buku, membaca hati orang sebelah pun anda tidak akan sempat kerana mengawal kaki dengan berhati - hati semasa pendakian dan tidak mahu terlepas sebarang moment indah di atas nanti. Oh ya, paling penting jangan dilupakan ubat - ubatan anda.








5. Berehat

Dapatkan rehat secukupnya sebelum memulakan pendakian. Ini kerana badan yang letih akan menyebabkan anda tidak bersedia menakluk puncak. 











6. Doa


Sebelum memulakan pendakian, sentiasalah berdoa kepada Tuhan agar perjalanannya selamat pergi dan pulang. Meminta restu ibu bapa dan minta mereka mendoakan yang baik - baik. 










7. Cuaca

Kalau anda tidak mampu meramal cuaca, maka anda perlu sentiasa melihat ramalan kaji cuaca untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan yang bakal anda daki. Boleh jadi, jika semalam telah hujan, trail akan menjadi becak dan berlumpur. Jika ini berlaku, anda perlu lebih berhati - hati.









8. Kasut

Kasut merupakan perkara paling utama disaat pendakian. Anda jangan menganggap anda boleh menyarung mana - mana kasut. Awas! Anda mungkin berhadapan dengan perkara genting seperti tergelincir dan sebagainya. Jika anda tidak mampu membeli kasut mahal, beli sahajalah kasut sukan biasa. Ini lebih jimat. Pastikan anda bertanya kumpulan rakan sebelum membeli ini kerana khuatir permukaan tapak kasut tidak sesuai digunakan. 










9. Makanan

Bawa makanan secukupnya. Ingat, ia bukan makanan kebiasaan yang anda selalu makan di rumah. Tetapi makanan ringan sepanjang anda mendaki seperti coklat untuk menambah tenaga dan air minuman yang mencukupi. Jangan susahkan orang lain ya dengan meminta - minta. 
















10. Mental


Mental seorang pendaki harus kuat dan gagah. Anda perlu sentiasa berfikiran positif walau apa pun yang terjadi. Jangan terlalu mahu mengejar waktu sampai ke puncak atau mahu lekas turun. Ini akan meyebabkan mental terganggu dan anda tidak dapat fokus!










Diharapkan perkongsian kaki sondol ini dapat membantu newbie sebelum memulakan sebarang aktiviti pendakian. Ada tips yang lebih baik? Sila kongsikannya di ruangan komen di bawah.



                                                                                                                                                                                                  #kakisondol

Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung