Koh Adang, Thailand




Salam keindahan.

Entri kali ini kaki sondol membawa ke negara jiran kita iaitu Thailand. Lokasi kali ini agak unik kerana ia merupakan pendakian yang tidak diduga dan dirancang sama sekali. Pemandangan yang begitu indah yang sentiasa terakam di memori kaki sondol. Koh Adang merupakan salah pulau di kawasan kepulauan Koh Lipe yang merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di perairan Selatan Thailand.




Lokasinya yang tidak jauh dari Pulau Langkawi dan boleh dikunjungi samada melalui perkhidmatan bot dari Jeti Kuah, Langkawi ataupun dari Jeti Pak Bara di Thailand. 



Kaki sondol pergi bercuti di Koh Lipe, dengan melalui jalan darat dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dengan perkhidmatan ETS. Seterusnya ke Pak Bara dengan menaiki van sewa. Tiba di Jeti Pak Bara terus ke Koh Lipe dengan menaiki bot. Sepanjang perjalanan ke Koh Lipe itulah kaki sondol terpukau dengan keindahan satu puncak di Pulau Koh Adang.



Dari situ kaki sondol terus bertanya pada orang tempatan disamping membuat cari di internet, maka terjumpa sedikit maklumat tentang "viewpoint" di Koh Adang. Keesokan hari nya, kaki sondol terus mendapatkan khidmat bot ke Koh Adang.





Tiba di Koh Adang kaki sondol terus ke pusat informasi yang juga pejabat renjer di sana. Berborak sedikit sebanyak ibarat ayam dan itik, maklumat yang dicari telah pun dijumpai akan tetapi agak samar. Ini kerana di kepulauan itu aktiviti utama merupakan aktiviti menyelam skuba dan snookeling selain berjimba - jimba di pantai yang indah. Amat jarang sekali pelancong yang ke sini pergi mendaki ke sana.



Berbekalkan maklumat samar tentang laluan mendaki serta risiko hidupan liar, kaki sondol memulakan pendakian ke "viewpoint" Koh Adang. 





Lanskap hutan dipermulaan pendakian agak tebal dan mendatar. Lebih kurang selepas 30 minit pendakian, lanskap mulai cerun dan berbatu. Pokok - pokok juga mulai renek dan matahari memancar terus ke kulit agak memeritkan. Terlupa krim pelindung uv, maklumlah kawasan pulau.







Selepas 45 minit dan beberapa kali tersasar arah, akhirnya kaki sondol tiba di destinasi yang diidamkan. Permandangan yang indah, laut yang hijau membiru, pukulan bayu laut yang mendamaikan dan duduk diam lah disitu terpaku dengan keindahannya. Kaki sondol menghabiskan masa lebih kurang 3 jam di situ sebelum turun semula ke bawah dan menyambung semula percutian sebagai orang laut.



















Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung