Gunung Stong, Gunung Ayam & Gunung Baha




Apa khabar semua?

Kali ini kaki sondol kongsikan trip mendaki di Negeri Kelantan. Gunung Stong, Gunung Baha dan Gunung Ayam. Untuk trip kali ini kaki sondol dengan segerombolan kawan - kawan menggunakan khidmat rakan kami Ayie sebagai pemandu arah.



Gunung Stong atau turut dikenali sebagai 'Gunung Setong', terletak di daerah Dabong, dalam jajahan Kuala KraiKelantanMalaysia . Walau berada di jajahan Kuala Krai, ianya hampir dengan bandar Gua MusangGunung ini setinggi 1,422 meter (4,664 kaki). Ia terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Stong berhampiran dengan Air terjun Jelawang.



Gunung Baha dan Gunung Ayam juga terdapat di Hutan Jelawang yang terletak di Gua MusangKelantan, Malaysia. Ia memiliki ketinggian pada 1450 meter (4,760 kaki). Manakala Gunung Ayam pula berketinggian 1,500m.



3 Gunung ini merupakan antara 10 puncak yang terletak di dalam Taman Negeri Gunung Stong. Gunung yang lain adalah Gunung Kopi (1,240m),, Gunung Saji (1,284m), Gunung Chik Tahir (1,430m), Gunung Nyelit (1,345m), Gunung Beirut (1,380m), Gunung Tera (1,555m) dan Gunung Noring Timur (1,861m). 



Ini adalah jadual ringkas trip kaki sondol ke Gunung Stong, Gunung Baha & Gunung Ayam.

Day 1 :

8.00pm - Berkumpul di Stesen Keretapi KL Sentral / Kajang
9.00pm - keretapi bertolak.

Day 2 :

8.00am - Tiba di stesen Dabong Kelantan.
9.30am - Tiba di resort dengan menaiki van sewa.
10.30am - Bersiap, daftar, briefing dan mula mendaki ke kem Baha melalui trek air terjun Jelawang.

2.30 pm - Tiba di Kem Baha :
Pasang fly dan ground,masak dan makan.
Rest dan mandi manda.

Day 3 :
6.00am - Bangun dan solat subuh.
Masak, sarapan dan pack lunch.
7.30am - Angkat sauh mula mendaki untuk ke puncak Gunung Stong, Baha dan Ayam
8.00pm - Tiba kembali di Kem Baha
9.00pm - Semua selamat tiba di Kem Baha, mandi, makan, tidur.

Day 4 :
6.00am - Bangun dan solat subuh.
7.30am - Sarapan dan aktiviti tiruk dan bergambar
10.00am - Bersiap untuk turun
10.30am - Mula turun.
2.00pm - Semua selamat tiba di resort
2.30pm - Bersiap-siap dan tukar pakaian bersih, naik van ke Pekan Dabong.
3.30pm - Aktiviti santai sambil tunggu pasar petang
5.30pm - Bergerak ke stesen keretapi Dabong
9.00pm - Keretapi bergerak balik ke Kuala Lumpur. 











































Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

Gunung Korbu & Gunung Gayong - KORGA