Gunung Gap & Gunung Ulu Semangkuk




Salam semua. Merangkak kaki sondol menaip.

Entri kali ini kaki sondol nak kongsi tentang gunung yang tak berapa glamour sebenarnya. Bukan satu tapi dua gunung sebenarnya.

Untuk trip kali kaki sondol memang menyondol sahaja tanpa dirancang. Bagi mengisi masa cuti hujung tahun, kaki sondol dengan dua lagi rakan pergi mendaki Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkuk.



Berbekalkan maklumat yang agak sedikit, dibantu dengan info dari rakan pendaki yang lain kami pun memulakan aktiviti seperti biasa. Dengan peninggalan Rest House Gap sebagai penanda arah mula, kami pun mulakan pendakian. Pendakian tidaklah terlalu sukar cuma perlu berhati - hati dengan pokok duri yang agak banyak di sepanjang pendakian. 



Gunung Gap dan Gunung Ulu Semangkok ini terletak di kawasan hutan simpan Ulu Tranum di Kuala Kubu Baharu, Selangor dengan ketinggian setinggi 1,440 meter (5,473 kaki). 



Gunung - gunung ini mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. 



Buat pengetahuan semua, Gunung Ulu Semangkok adalah berbeza dengan Gunung Semangkok. Jangan salah gunung ya. Sungguhpun kedua-duanya merupakan puncak di banjaran Titiwangsa di sempadan antara Selangor dan Pahang, Gunung Ulu Semangkok terletak di selatan Bukit Frasers sementara Semangkok terletak di utara. 



Gunung Ulu Semangkok membentuk puncak tertinggi di kawasan tersebut, dan merupakan gunung tertinggi di ulu sungai Semangkok.













Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung