Gunung Berembun & Gunung Telapak Buruk




Salam pergunungan dari kaki sondol.

Kaki sondol kembali kali ini dengan perkongsian tentang pendakian ke Gunung Berembun yang berketinggian 1014 meter dan Gunung Telapak Buruk pula setinggi 1193 meter di Negeri Sembilan. Mungkin ada terkeliru dengan Gunung Berembun ini, untuk makluman ada 3 buah gunung yang berkongsi nama Berembun yang sama iaitu 

1) Gunung Berembun, Cameron Perak 
2) Gunung Berembun, Negeri Sembilan
3) Gunung Berembun, Terengganu.



Jadi perkongsian kali ini tentang Gunung Berembun yang terletak di daerah Pantai, Jelebu Negeri Sembilan. Popular dengan bangkai pesawat pengebom Liberator B-24 milik British sewaktu Perang Dunia ke-2 dulu yang jatuh terhempas menjadi ia sebagai daya tarikan kepada penggemar sukan mendaki untuk mendaki Gunung Berembun.



Kedudukannya yang bersebelahan membolehkan Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk ini boleh didaki sekaligus dalam 1 pendakian. Laluan pendakian pula boleh dilalui menerusi 3 laluan :

1) Melalui Lata Berembun
2) Laluan Kem Tentera via Telapak Buruk
3) Laluan kampung orang asli.



Pendakian kali ini kaki sondol akan melalui Lata Berembun secara "daypack" yang mana bertujuan untuk buat "lawatan tapak" kawasan perkhemahan untuk projek pendakian yang berskala besar pada masa akan datang.

Jadual ringkas pendakian :

05.00am - Tiba di Masjid Kampung Pantai, Jelebu
06.00am - Solat Subuh berjemaah di masjid
06.40am - Tapau "breakfast & lunch pack" di kedai depan masjid.
07.00am - Tiba di starting point dan mendaftar di pejabat renjer.
07.30am - Bersiap, sesi panas badan dan mula pendakian.
08.30am - Tiba di Lata Berembun. (sarapan)
09.00am - Sambung pendakian
09.45am - Tiba di checkpoint Gua Kambing
10.45am - Tiba di Puncak Gunung Berembun
11.00am - Sambung pendakian ke Puncak Gunung Telapak Buruk
12.00am - Tiba di B-24 Crash site, Telapak Buruk. (sesi bergambar dan makan tengahari)
01.00pm - Sambung pendakian ke Puncak Gunung Telapak Buruk
02.30pm - Tiba di Puncak Gunung Telapak Buruk
02.45pm - Mula bergerak untuk turun ke Lata Berembun.
05.00pm - Tiba di Lata Berembun
05.30pm - Tiba di pejabat renjer dan bersiap pulang ke KL


















Comments

Popular posts from this blog

6 jenis makanan sesuai untuk mendaki

Gunung Yong Yap, Gunung Bubu & Gunung Tok Nenek - YYBTN Reverse Trans

11 Tips Keselamatan Pendakian Gunung